Wednesday, November 14, 2012

dahulu ramai yang selalu perkatakan anak aku jahat..anak aku degil..anak aku nakal...anak aku tak dengar cakap.aku telan sahaja kata2 itu. ibu bapa mana tak terasa kalau anak di buruk2 kan. Bagi ku biasalah kanak2 membesar..macam2 ragam dan gelagat nya.perangai budak2 bukan nya sama semua.
mungkin cara aku mendidik anak2 aku agak kasar,tapi aku sayang anak2 aku. di sebalik setiap kata yang menjengkelkan lubang telinga ku...aku berusaha untuk memberikan pendidikan yang sempurna seperti anak2 lain..sekarang abang long sudah menamatkan persekolahan nya di tadika SEDIDIK.alhamdulillah abang long dapat membuktikan bahawa dia pun boleh berjaya.Aku menangis tanda kesyukuran. Aku bangga pada dia...mama bangga abang long dapat buktikan pada orang yang menjengkelkan itu yang abang long pun boleh. ALHAMDULILLAH ..bersyukur ku  ke hadrat ilahi...abang long juga boleh jadi pelajar terbaik peringkat konvokesyen ke 22,pelajar terbaik sekolah tadika,anak contoh dan pelajar yang mendapat tempat pertama dalam setiap penilaian.semua anugerah di rangkul oleh abang long semua.ALHAMDULILLAH sekali lagi.

No comments:

Post a Comment