Wednesday, November 14, 2012

dahulu ramai yang selalu perkatakan anak aku jahat..anak aku degil..anak aku nakal...anak aku tak dengar cakap.aku telan sahaja kata2 itu. ibu bapa mana tak terasa kalau anak di buruk2 kan. Bagi ku biasalah kanak2 membesar..macam2 ragam dan gelagat nya.perangai budak2 bukan nya sama semua.
mungkin cara aku mendidik anak2 aku agak kasar,tapi aku sayang anak2 aku. di sebalik setiap kata yang menjengkelkan lubang telinga ku...aku berusaha untuk memberikan pendidikan yang sempurna seperti anak2 lain..sekarang abang long sudah menamatkan persekolahan nya di tadika SEDIDIK.alhamdulillah abang long dapat membuktikan bahawa dia pun boleh berjaya.Aku menangis tanda kesyukuran. Aku bangga pada dia...mama bangga abang long dapat buktikan pada orang yang menjengkelkan itu yang abang long pun boleh. ALHAMDULILLAH ..bersyukur ku  ke hadrat ilahi...abang long juga boleh jadi pelajar terbaik peringkat konvokesyen ke 22,pelajar terbaik sekolah tadika,anak contoh dan pelajar yang mendapat tempat pertama dalam setiap penilaian.semua anugerah di rangkul oleh abang long semua.ALHAMDULILLAH sekali lagi.

my luvly

ya Allah begitu besar dugaan dan cabaran mu pada ku yang Allah.Namun..aku sedar,setiap ujian yang kau beri padaku adalah mengikut kemampuan ku. Aku redha dengan setiap apa yang berlaku pada ku. Pedulikan semua nya..azam ku pada tahun baru ni...JANJI DI TEPATI..SUAMI DAN ANAK2 DI DAHULUI..YANG LAIN TOLAK TEPI..
Walaupun begitu banyak cabaran dan dugaan yang  ku hadapi,namun aku tetap bahagia. Bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang.semakin hari usia perkahwinan semakin jauh tetapi ku rasakan kasih sayang yang kami semikan masih seperti di awal perkahwinan..dalam erti kata lain semakin hari semakin sayang. Biarpun kehidupan ini tak sekaya mana..namun hati ku penuh dengan kasih sayang yang suami ku taburkan. Alangkah bahagia nya aku mempunyai suami yang begitu memahami ku. Andai suatu masa kelak aku pergi dulu sebelum dia..TOLONG LAH JAGA DIA UNTUK KU. Betapa aku sayang kan suami dan anak-anakku...andai nyawa yang dapat ku gantikan sebagai taruhan untuk membuktikan kasih sayang ku pada kalian pasti akan ku buktikan. Kerana aku sanggup korbankan apa saja demi kalian wahai kesayanganku.